Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan


Didalam al quran allah سبحانه وتعالى menceritakan satu keluhan Nabi Muhammad atas apa yang berlaku kpd ummatnya. Keluhan ini amat penting Untuk kita, adakah kita termasuk dalam golongan yang Nabi mengadu kepada Allah. Yang perangai itu tak disukai oleh Nabi. Nabi berkata kepada Allah, dan perkataan itu direkod didalam quran.
25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". Wahai TuhanKu, Kaumku menjadikan Al Quran untuk dibiarkan. Orang yg menjauhkan diri dari Al Quran.
Bukan al Quran yang tak ada, tapi kalimat mahjura itu sesuatu yang ada tapi ditinggalkan.
Berapa banyak Al Qur'an yang dicetak dan dijual. Dengan Handphone kita boleh install application al Quran. Amat mudah untuk kita dapat Al Quran. Mudahnya bawa al quran bukan problem nya. Nabi mengadu kepada. Wahai tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan diri mereka sendiri menjauhi al Qur'an.. Keluhan ini moga moga kita tak termasuk dalam golongan ayat ini. Ayat ini mengingatkan kita agar kita berdamai dengan Quran. Moga kita tak termasuk golongan yang menjauhi al Qur'an. -Tazkirah Jumaat Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Masjid Jamiul Huda